Jelajahi apakah aplikasi yang akan digunakan bagi setiap bidang.
Setiap ahli memiliki peranan penting untuk menentukan kepelbagaian dan keunggulan hasil akhir.
Menjelajahi dengan lebih mendalam mengenai pelbagai peluang kerjaya yang tersedia bagi membuka tirai pada potensi seseorang.
Definisi multimedia ialah penggunaan pelbagai jenis media (slaid/televisyen) dalam membuat persembahan, mengajar, dan menunjuk cara. – kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Elemen multimedia akan diproses, disimpan, dihantar, dan dipersembahkan sebagai maklumat dengan menggunakan teknologi komputer.
Lima elemen multimedia ialah :
Lima bidang yang menggunakan multimedia :
Proses pemakluman sesuatu bahan atau produk kepada orang ramai.
Contoh :
i) Iklan di laman sesawang
ii) Papan iklan elektronik
iii) Pengiklanan melalui televisyen
iv) Pengiklanan melalui kiosk
Contoh :
i) Siaran langsung berita
ii) Siaran langsung sukan
iii) Siaran langsung ramalan cuaca
Contoh :
i) Kiosk maklumat
ii) Laman Sesawang
iii) Aplikasi media sosial
Contoh :
i) Buku cerita elektronik
ii) Simulasi
iii) Permainan pendidikan interaktif
iv) Pembelajaran dan tutorial interaktif
Contoh :
i) Klip video
ii) Persembahan multimedia
iii) Muzik interaktif
- Memastikan skop dan jangka masa projek dipatuhi.
- Berbincang dengan pelanggan atau klien tentang keperluan produk.
- Mencari sumber kewangan, kemudahan dan peralatan.
- Menguruskan ahli kumpulan produksi.
- Melakukan penyelidikan tentang kandungan program atau produk atau aplikasi.
- Mengadakan isi kandungan multimedia iaitu maklumat berkaitan projek, data, grafik dan fakta yang ingin dipersembahkan dalam persembahan multimedia.
- Tentukan konsep pengajaran terbaik.
- Menentukan arah navigasi dan pautan berdasarkan jenis persembahan multimedia (linear atau bukan linear).
- Menulis kod program atau skrip menggunakan perisian persembahan yang dipilih.
- Menggabungkan elemen multimedia ke dalam program multimedia.
- Mereka elemen grafik
- Latar belakang, butang, gambar, objek-objek 3D, logo dan Animasi.
- Merekod suara atau menyunting kesan bunyi.
- Merekod dan menyunting muzik.
- Mengambil, menyunting dan mendigitalkan video.
- Mengintegrasikan semua elemen multimedia dengan menggunakan program perisian pengarangan produk multimedia.
Syarat :
i) Mempunyai kemahiran reka bentuk grafik, prototaip, pengguna penyelidik, wireframing, asas pengaturcaraan
ii) Peka terhadap perkembangan semasa
Syarat :
i) Mempunyai pengetahuan mengenai HTML, JavaScript, dan SQL.
ii) Memerlukan ijazah sarjana muda atau yang setaraf dengannya.
• Perancangan dan Pengurusan Projek:
• Menentukan matlamat projek, menyusun perancangan dan strategi pelaksanaan.
• Menyediakan jadual masa, rancangan bajet, dan sumber daya yang diperlukan untukprojek.
• Pengurusan Rizab:
• Menyelia perancangan rizab sumber untuk memastikan kelancaran projek.
• Menguruskan dan mengawal perubahan dalam rizab sumber.
• Pengurusan Pasukan:
• Membina pasukan projek yang berkesan.
• Memimpin, membimbing, dan mengarahkan ahli pasukan untuk mencapai objektif projek.
• Pemantauan Projek:
• Memantau kemajuan projek secara berkala.
• Mengenal pasti risiko dan menguruskan isu-isu yang mungkin timbul sepanjang projek.
• Kualiti dan Kawalan Kualiti:
• Memastikan standard kualiti tercapai dalam setiap fasa projek.
• Pengurusan ujian dan penambahbaikan untuk memastikan produk atau sistem IT memenuhi keperluan.
• Pengurusan Risiko:
• Mengenal pasti potensi risiko dalam projek IT dan merancang strategi untuk mengurangkannya.
• Menguruskan isu-isu kecemasan yang berkaitan dengan projek.
• Pelaksanaan Teknologi dan Inovasi:
• Menyokong dan mengarahkan penggunaan teknologi terkini dan inovasi dalam projek.
• Memastikan integrasi teknologi baru berjalan lancar dalam persekitaran yang sedia ada.
• Menetapkan visi kreatif dan konsep inovatif untuk projek.
• Memimpin pasukan kreatif dalam penghasilan hasil kreatif yang berkualitas.
• Mengatur aspek visual, estetika, dan rekaan grafik.Kolaborasi dengan pasukan dan pihak lain dalam organisasi untuk mencapai objektif bersama.
• Mengurus perancangan dan pengurusan projek kreatif, termasuk anggaran dan sumber.
• Mencipta, memperkenalkan, dan membangunkan idea-idea baru serta konsep yang relevan.
• Memastikan hasil kreatif mematuhi standard dan visi projek yang telah ditetapkan.
• Mengawasi proses produksi kreatif dan memastikan kesesuaian dengan visi yang telah ditetapkan.
• Berkomunikasi secara efektif dengan klien, pihak berkepentingan, dan pasukan untuk menyampaikan konsep kreatif.
• Melakukan penilaian terhadap hasil kreatif untuk pembelajaran dan peningkatan prestasi akan datang.
• Membangunkan imej grafik yang mensimulasikan pergerakan semasa bekerja diruang artistik dua atau tiga dimensi.
• Mencipta pergerakan visual yang dinamik untuk karakter, objek, dan latar belakang.
• Menggunakan perisian animasi seperti Adobe Animate, Toon Boom (untuk animasi2D), atau Maya, Blender, atau 3ds Max (untuk animasi 3D).
• Memahami prinsip-prinsip animasi seperti timing, easing, dan squash-and-stretch.
• Bekerja dalam pasukan untuk memastikan animasi memenuhi visi projek dan menerima maklum balas untuk perbaikan.
• Memastikan kekonsistenan kualiti dan penyelarasan dengan jadual masa projek.
• Pengajaran dan Pendidikan: Memberikan pengajaran kepada pelajar atau peserta dalam pelbagai bidang IT, termasuk pengaturcaraan, rangkaian komputer,keselamatan siber, pengurusan pangkalan data, atau topik lain berkaitan IT.
• Penyediaan Bahan Pengajaran: Membuat bahan pengajaran seperti modul, buku panduan, atau bahan ajar lain yang berkaitan dengan topik IT yang diajar.
• Pemantauan dan Penilaian: Menilai kemajuan pelajar melalui tugasan, ujian, atau projek, serta memberikan maklum balas untuk membantu perkembangan mereka.
• Penyelidikan dan Pembaharuan: Menyemak perkembangan terkini dalam teknologi maklumat untuk memastikan pengajaran sentiasa terkini dan relevan.
• Bimbingan Teknikal: Memberikan bimbingan dan sokongan teknikal kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah atau projek yang berkaitan dengan bidang IT
• Menghasilkan dokumen yang jelas, terperinci, dan mudah difahami tentang topik teknikal.
• Mengumpulkan maklumat kompleks dan mentransformasikannya menjadi bahan bacaan yang sesuai untuk audiens sasaran.
• Menyampaikan konsep-konsep teknikal dengan cara yang mudah difahami tanpa mengorbankan ketepatan maklumat.
• Berkomunikasi dengan pakar teknikal dan pengguna akhir untuk memahami keperluan dan memastikan dokumen teknikal sesuai dengan tujuan mereka.
• Menggunakan bahasa yang tepat dan jelas, serta menggunakan gambar, carta, dan grafik jika perlu untuk menyokong penjelasan.
• Merancang Struktur Maklumat: Membentuk reka bentuk untuk mengorganisasi maklumat dan data agar mudah diakses dan difahami.
• Menganalisis Kebutuhan Pengguna: Mengumpulkan dan menganalisis keperluan pengguna untuk mencipta reka bentuk maklumat yang sesuai.
• Pemodelan Data: Membina model data untuk penyimpanan dan penggunaan maklumat secara efisien.
• Reka Bentuk Pengalaman Pengguna (UX): Menyusun antara muka pengguna yang mudah difahami dan intuitif untuk interaksi yang lancar dengan maklumat.
• Pengurusan Sistem Maklumat: Menyelaraskan sistem dan teknologi untuk menyokong struktur maklumat yang dirancang.
• Penyusunan Standard dan Protokol: Membina standard dan garis panduan untuk pengurusan maklumat yang selamat dan efisien.
• Pengajaran dan Pendidikan: Memberikan pengajaran kepada pelajar atau peserta dalam pelbagai bidang IT, termasuk pengaturcaraan, rangkaian komputer, keselamatan siber, pengurusan pangkalan data, atau topik lain berkaitan IT.
• Penyediaan Bahan Pengajaran: Membuat bahan pengajaran seperti modul, buku panduan, atau bahan ajar lain yang berkaitan dengan topik IT yang diajar.
• Pemantauan dan Penilaian: Menilai kemajuan pelajar melalui tugasan, ujian, atau projek, serta memberikan maklum balas untuk membantu perkembangan mereka.
• Penyelidikan dan Pembaharuan: Menyemak perkembangan terkini dalam teknologi maklumat untuk memastikan pengajaran sentiasa terkini dan relevan.
• Bimbingan Teknikal: Memberikan bimbingan dan sokongan teknikal kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah atau projek yang berkaitan dengan bidang IT.
• Reka Bentuk Pengajaran: Merancang dan mengembangkan bahan pengajaran, seperti kursus, modul pembelajaran, atau program latihan, dengan menggunakan kaedah yang sesuai bagi pembelajaran yang berkesan.
• Analisis Kebutuhan Pembelajaran: Mengenal pasti keperluan pelajar atau peserta, menganalisis matlamat pembelajaran, dan merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran.
• Penggunaan Teknologi Pembelajaran: Menerapkan teknologi dan alat bantu pengajaran seperti platform pembelajaran dalam talian, perisian pembelajaran, atau multimedia untuk meningkatkan pembelajaran.
• Penilaian Kandungan: Menilai dan menyusun isi pembelajaran, termasuk bahan bacaan, video, ujian, atau aktiviti pembelajaran lain yang sesuai dengan matlamat pembelajaran.
• Kolaborasi dan Konsultasi: Bekerja dengan pasukan instruksional, pensyarah, pakar subjek, dan teknologi untuk memastikan bahan pengajaran dan pembelajaran sesuai dan berkesan.
• Pengujian dan Penambahbaikan: Menguji bahan pengajaran untuk kesahihan dan kesesuaian dengan objektif pembelajaran, dan melakukan penambah bahan berdasarkan maklum balas yang diterima.
• Syarat :
• Ijazah sarjana dalam bidang seperti Pendidikan, Teknologi Pendidikan, atau bidang berkaitan.
• Pengetahuan teknologi, terutama dalam perisian pembelajaran dan platform dalam talian.
• Kemahiran analitis untuk merancang strategi pembelajaran yang efektif.
• Kemahiran komunikasi yang baik untuk bekerja dengan pasukan kerja, pensyarah,dan pakar subjek.
• Kreativiti dalam reka bentuk grafik atau multimedia untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang menarik.
• Kemahiran penyelesaian masalah dan pengalaman dalam bidang pengajaran atau pembelajaran dalam talian memberi kelebihan
• Merangkum, memilih klip, dan menyusun material video untuk menghasilkan karyayang berkualiti.
• Memotong klip, menyelaraskan kandungan, menambahkan efek visual, grafik, dan suara untuk mencipta naratif visual yang menarik.
• Menggabungkan elemen-elemen kreatif seperti warna, gaya, dan animasi untuk menambah daya tarikan visual.
• Berinteraksi dengan pengarah, penulis skrip, dan pasukan kreatif lain untuk memastikan keselarasan visi dan matlamat kreatif.
• Menguruskan jadual masa dan sumber untuk memastikan projek disiapkan mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan.
• Memastikan kualiti keseluruhan hasil akhir video dan melakukan penilaian terhadap produk untuk pembaikan akan datang.
• Mahir menggunakan perisian penyuntingan video seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, After Effects, dan perisian grafik seperti Adobe Photoshop atau Illustrator.